Friday 27 March 2015

Ku Jatuh Cinta

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi dengan semua satu peristiwa yang menyebabkan saya 'jatuh cinta' dengan Shaklee.

Ceritanya begini, semasa dalam pantang anak pertama, saya mengalami sembelit dan kurang susu badan. Maklumlah, takde pengalaman masa dalam pantang ni. Semua pun tahu kan, masa dalam pantang ni bukan semua benda boleh dimakan. Banyak pantang larangnya, dah nama pun berpantang kan?hehe...

Waktu tu saya kerap ke klinik mengambil ubat untuk melembutkan najis. Ubat tu hanya cukup untuk beberapa hari sahaja. Dah habis kena pergi klinik semula untuk dapatkan bekalan. Setelah bertukar-tukar kaedah untuk menyelesaikan permasalahan ni, akhirnya ada orang suggest saya ESP. ESP? Apa benda tu? Soya. Soya? Saya tak boleh nak telan soya. Untuk apa ESP tu? Boleh membantu kurangkan sembelit dan memekatkan susu badan biar baby mudah kenyang. Hmm...ok, belilah 1 nak cuba minum. Itu adalah canister ESP saya yang pertama.

Setelah minum beberapa kali, Alhamdulillah, terbukti masalah sembelit hilang dan susu badan lebih banyak. Saya rasa seronok sebab trauma nak membuang dah tiada. Masa tu rasa macam tak percaya la pulak.

Sehingga hari ini, dah bertong-tong ESP saya minum. Sebab apa? Sebab di dalam protein soya, terkandung banyak khasiat dan manfaat yang sebelum ini saya tak tahu. Apa pun, kita boleh sentiasa belajar untuk ambil tahu tentang sesuatu kan?

Saya percaya ramai ibu-ibu berpantang di luar sana mengalami apa yang saya alami kan? Tentu perit rasanya kan? Orang yang tak rasa boleh la cakap, "Alah...sikit je tu. Nanti2 ok la tu". Tapi kita yang kena dan rasa ni hanya Allah yang tahu penderitaannya.

Ok lah...cukup setakat ni je lah saya mengomel hari ni.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak tahu dan beli produk Shaklee?

Maisarah
Pengedar Shaklee Sungai Koyan & Kuala Medang
SMS/WhatsApp  - 013 768 2087
Facebook - Mai Raqib


No comments:

Post a Comment