Tuesday 28 April 2015

Makan Suplemen Dan Vitamin Dengan Berkesan

Pantang Larang Vitamin
by Maisarah

Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin? Mari kita check senarai semak dan pantang larang ini!

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Sumber

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH…..apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.

Sumber

Sila baca DISCLAIMER.

Hubungi saya:


Maisarah
Contact No/SMS/WhatsApp - 0137682087
E-mail - maisarah.osman@me.com
Facebook - Mai Raqib

Sunday 26 April 2015

Peppermint Ginger Plus

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua,

Hari ni nak share pasal Peppermint Ginger Plus Shaklee. Pernah dengar tak nama tu? Untuk pengetahuan semua, Peppermint Ginger Plus dari Shaklee ni merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan hasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal, Peppermint Ginger Plus sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastric, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Jom kita baca herba yang terkandung dalam Peppermint Ginger Plus ni dan manfaatnya kepada kita semua.

Pudina (peppermint): 
Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastric, pedih hulu hati dan cirit-birit.
Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan komoterapi.
Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.
Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap focus.

Halia (ginger): 
Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.
Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedy lain seperti merawat mabuk laut.
 Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.


Biji Pokok Adas (fennel seeds): 
Orang-orang Eropah mengambil biji pokok adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

Cekur Manis (anise): 
Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
Merangsang rembesan jus gastric untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan Produk Shaklee Hari Ini!

Hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi eksklusif:

Maisarah
Contact No/SMS/WhatsApp - 0137682087
E-mail - maisarah.osman@me.com
Facebook - Mai Raqib

COD Sungai Koyan dan Kuala Medang
Penghantaran Seluruh Malaysia

Saturday 25 April 2015

Manfaat Omega Guard kepada Kulit

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua pembaca, hari ni saya nak kongsi manfaat Omega Guard untuk mengatasi masalah kulit.

Essential Fatty Acid (EFAs)

Kulit kering atau kasar atau bersisik adalah berkaitan dengan kekurangan EFAs dalam diet harian kita. Bukan sahaja kekurangan EFAs ni boleh bagi masalah pada kulit, tapi juga pada kuku dan rambut tau.

EFAs merupakan asid lemak yang hanya boleh diperolehi daripada minyak dan lemak dan tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Mana nak dapatkan EFAs ni? EFAs boleh didapati daripada makanan harian kita ataupun supplemen. Antara asid lemak (EFAs) yang baik untuk kita adalah Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 ada dalam kandungan Omega Guard Shaklee dan omega 6 ada dalam kandungan GLA Complex Shaklee.
Kenapa penting sangat EFAs ni? Sebabnya, bila EFAs mencukupi dalam badan, sel-sel tubuh kita akan berfungsi dengan normal. EFAs ini akan membentuk lapisan pelindung dalam kulit yang membantu menghalang kehilangan kelembapan kulit. Ini sekaligus melindungi kulit kita daripada dehidrasi dan akan memelihara kelembapan kulit.

Secara umumnya, Omega 3 memberikan manfaat kepada kulit dengan:-

EPAs dalam Omega 3 membantu melembabkan kulit 

Omega 3 membantu membina lapisan pada kulit bagi mengelakkan kulit daripada dehidrasi dan sekaligus akan memelihara kelembapan kulit.

Membantu mencegah keradangan / inflamasi pada kulit 

Selain menjadikan kulit lembut dan lembab, Omega 3 juga mencegah inflimasi pada kulit bermasalah. Salah satu tanda kukurangan Omega 3 adalah pembentukan ruam / eczema pada kulit. Omega 3 akan mengurangkan simptom-simptom atau kemerahan pada kulit.

EPAs membantu melambatkan tanda penuaan akibat sinaran matahari

Salah satu kandungan Omega Guard adalah diperkaya dengan EPA dan DHA kan? So, EPAs ini lah yang membantu melambatkan kesan penuaan.
Menurut kajian yang dimuatkan dalam Journal of Lipid Research 2005, EPAs boleh menghalang pembentukan enzim yang disebabkan oleh pancaran sinar UV matahari. Enzim ini berupaya memusnahkan kolagen dalam badan yang menyebabkan timbulnya garis-garis halus dan kedut dimuka. Kulit pun akan menjadi kendur bila kolagen semakin berkurangan tau.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan Produk Shaklee Hari Ini!

Hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi eksklusif:

Maisarah
Contact No/SMS/WhatsApp - 0137682087
E-mail - maisarah.osman@me.com
Facebook - Mai Raqib

COD Sungai Koyan dan Kuala Medang
Penghantaran Seluruh Malaysia

Friday 24 April 2015

DTX Complex untuk Kesihatan Hati

Assalamualaikum,

Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja.

DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.

Perbezaan DTX Shaklee

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Formulasi yang Dipatenkan Untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)

  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok (Artichoke)

  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion

  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

4. Kunyit

  • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)

  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra

  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.



Secara kesimpulannya, DTX Complex ini membantu kita mengeluarkan kompaun dinyahtoksin oleh hati, menjaga kesihatan hati dan juga menggalakkan fungsi hati yang sihat. Sebotol mengandungi 90 biji tablet. Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan Produk Shaklee Hari Ini!

Hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi eksklusif:

Maisarah
Contact No/SMS/WhatsApp - 0137682087
E-mail - maisarah.osman@me.com
Facebook - Mai Raqib

COD Sungai Koyan dan Kuala Medang
Penghantaran Seluruh Malaysia

Wednesday 22 April 2015

Keistimewaan Garlic Complex Shaklee

Assalamualaikum,

Kebanyakan masakkan menggunakan bawang putih sebagai salah satu bahan utama dalam hidangan tak kiralah kailan goreng ikan masin ke, kari kambing ke, hatta spageti bolognese pun ada ditambah bawang putih di dalam sosnya. Bawang putih atau dalam bahasa Inggerisnya Garlic dipercayai mempunyai banyak manfaat. Antaranya membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu bagi ibu menyusu.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Keistimewaan Garlic Complex Shaklee 

Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.
Bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pengekalan 100% Allicin aktif. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba (Kebanyakan garlic yang dijual dipasaran tidak mempunyai Allicin aktif).
Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic.
Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Allicin dan Peranannya

Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.
Antara peranannya adalah:

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak 
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang 
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi 
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air 
  • Bantu rawat asthma                                        

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh 

  1. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  2. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis 
  3. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  4. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. 
  5. Garlic dapat mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti raksa, plumbum, kadmium dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari. 
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari. 
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki 
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah 
  12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:       
    • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)       
    • Perut memulas (stomach upset)       
    • Cirit-birit (Diarrhea)
    • Bronkitis
    • Luka-luka (infected wounds)
    • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing       

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit serta lain-lain dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, bertukarlah kepada suplemen garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Dapatkan Produk Shaklee Hari Ini!



Untuk dapatkan Produk dan Konsultasi Eksklusif, Hubungi:


Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
WA/SMS - 0137682087
Facebook - Mai Raqib

Tuesday 21 April 2015

Lecithin & Kebaikannya

Assalamualaikum,

Entri hari ni nak kongsi pasal lecithin. Kalau nak tahu, lecithin ni salah satu suplemen utama dalam set diet Shaklee.

APA FUNGSI LECITHIN
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

APA KANDUNGAN LECITHIN

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

FUNGSI KOLINA

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

KELEBIHAN LAIN LECITHIN

  • Ia membantu melindungi hati kita ~ Bagaimana? Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Memecahkan lemak dan kolestrol ~ Caranya? Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.
  • Melangsingkan ~ Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.
  • Mencantikkan otot dan kulit. Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi ~  Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
  • Menghalang tekanan darah tinggi ~ Caranya? Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
  • Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki 
  • Meringankan sembelit ~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk Dapatkan Produk Shaklee dan Konsultasi Percuma:

Pengedar Shaklee
Maisarah
WA/SMS - 013 768 2087
FACEBOOK - Mai Raqib

Sunday 12 April 2015

Detoks Dengan Herb Lax

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya nak kongsi tentang Herb Lax dan Detoks. Ramai orang yang bercakap tentang detoks. Tak kurang juga banyak produk detoks di luar sana. Apa sebenarnya detoks tu?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Herb Lax Shaklee
Herb Lax pula adalah salah satu produk Shaklee yang berfungsi sebagai agen detoks. Jom kita kenal Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Berikut adalah Kebaikan dan Manfaat Herb Lax:

  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  5. Mengempiskan perut
  6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


Siapakah yang perlu ambil Herb Lax ? 

  1. Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  2. Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
  3. Mereka yang banyak jerawat.
  4. Pesakit gout.
  5. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru mengamalkan suplemen.


Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Maklumlah, perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Untuk Dapatkan Produk dan Konsultasi Shaklee, Hubungi:

Pengedar Shaklee Anda
Maisarah
WA/SMS - 0137682087
FACEBOOK - MAI RAQIB


Zink Complex Untuk Jerawat

Assalamualaikum,

Jerawat memang sinonim dengan wajah. Kejap naik kejap surut. Perasaan benci, malu, tak yakin semua ada. Nak selfie pun segan kan? Bila tengok muka orang licin tiada jerawat boleh timbul rasa cemburu.

Jerawat atau Acne

Untuk atasi jerawat ni, banyak suplemen dalam Shaklee boleh diamalkan, dan salah satunya adalah Zinc Complex. Mesti ramai juga tertanya-tanya boleh ke Zink atasi jerawat kan? Maka, hari ni saya nak kongsi berkenaan keistimewaan Zinc Complex bagi mengatasi kulit berjerawat.

FUNGSI ZINC COMPLEX UNTUK KESIHATAN KULIT

  • Zink mengawal penghasilan minyak pada kulit
  • Zink bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang) - Membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat.
  • Zink menguatkan sistem imun - Membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes).
  • Zink adalah co-factor penting bagi membantu tubuh memproses vitamin A dan E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat.
  • Zink - Vitamin A - Vitamin E - Gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit.
  • Zink juga membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar.
  • Zink terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan - Kedua-duanya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal.


Dapatkan Produk Shaklee Hari Ini!

Pengedar Shaklee Anda
Maisarah
WA/SMS - 0137682087
FACEBOOK - MAI RAQIB

Saturday 11 April 2015

Diet Dengan Cinch

Kenapa Perlu Ambil Protein untuk Diet?

Protein penting untuk mengekalkan otot dalam tubuh supaya sentiasa berlaku metabolisme. Metabolisme yang tinggi membolehkan pembakaran lemak berlaku. Sekiranya hilang otot, metabolisme tidak dapat berlaku dan seterusnya pembakaran lemak tidak berlangsung. Bila perkara ini berlaku, tiada gunanya diet setiap hari.

Protein Jenis Apa yang Diperlukan untuk Diet?

Untuk diet, kita perlukan protein yang tinggi kandungan Leucine, iaitu sejenis asid amino perlu yang penting dalam pemeliharaan otot. Selain itu, protein tu mestilah mempunyai kandungan lemak yang rendah dan tiada kolestrol. Ini penting untuk memastikan lemak dan kolestrol jahat dalam badan tidak melebihi paras yang diperlukan. Wanita dewasa hanya memerlukan 12g lemak setiap hari, manakala bagi lelaki tidak melebihi 20g sehari.
Shape-Up Program
Protein Apa yang Shaklee Sediakan untuk Diet?

Terdapat beberapa makanan berprotein tinggi dalam senarai suplemen Shaklee iaitu ESP, Cinch Shake, dan Mealshake. Bagi yang serius nak berdiet dicadangkan mengambil Cinch Shake. Cinch Shake ni dirumus khas untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan idaman.

Makanan untuk Tenaga dan Diet
Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:


  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Indeks glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
    cinch Shake dengan 3 Perisa - Vanilla, Chocolate, Cafe Latte
    Testimoni Cinch
Dapatkan Produk Shaklee Sekarang! 

Hubungi:
Maisarah
WA/SMS – 0137682087
FB – Mai Raqib

Friday 10 April 2015

GLA Complex

Entri kali ini saya mahu kongsi mengenai GLA Complex Shaklee. GLA merupakan singkatan kepada gamma-Linolenic acid, iaitu sejenis asid lemak tak tepu atau lebih dikenali sebagai Omega 6 yang terdapat pada bunga.


English Primrose Oil vs. Borage Oil (GLA Complex Shaklee)

Minyak Evening Primrose telah sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.
Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA Complex Shaklee diekstrak daripada biji bunga Borage sebagai bahan utama dan turut mengandungi minyak bunga matahari dan Vitamin E.
Kebanyakan Omega 6 di pasaran adalah dari jenis Evening Primrose Oil (EPO).

Perbezaan Evening Primrose Oil dengan Borage Oil?


Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
Bunga Borage
Bunga Evening Primrose
Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, sakit kepala, menopause malah ekzema.
Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.
Selain itu, GLA ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf. 



GLA boleh diambil oleh wanita, lelaki dan kanak-kanak. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Dapatkan Produk Shaklee Hari Ini

Hubungi Pengedar Shaklee Anda
Maisarah
WA/SMS - 013 768 2087
FACEBOOK - MAI RAQIB

Thursday 9 April 2015

So Sweet

Assalamualaikum,

Cerita hari ni lebih tertumpu kepada para wanita dan kepada sang suami yang ingin menghadiahkan sesuatu yang 'sweet' kepada kekasih hati, si isteri tercinta. Khas kepada suami isteri sahaja tau.

Kenapa Pilih Alfalfa Complex?Alfalfa Complex adalah produk dengan formula tersendiri yang dicipta oleh Dr. Shaklee. Ia mengandungi sumber asli dari pohon Alfalfa yang tinggi kandungan klorofil dan nutrisinya untuk menyokong kseluruhan kesihatan. Alfalfa yang matang sahaja akan dipilih untuk diproses.

Alfalfa yang matang adalah akarnya tumbuh 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap semua nutrisi yang diperlukan selepas itu baru diproses menjadi tablet. Jangan keliru dengan Alfalfa Sprout ynag berada di pasaran seperti dijual di kedai organic.



ALFALFA COMPLEX DAN KEINTIMAN WANITA

Mesti macam tak percaya kan wahai para isteri sekalian. Terus terang saya katakan di sini saya hanya mampu membaca setiap butir tulisan para testimoni penggunan Alfalfa Complex. Saya dah terkesima.

Antara ke'seksian' Alfalfa Complex adalah :


  • Merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan lagi teruk andai keputihan tu mengeluarkan bau. 
  • Merapatkan serta mengetatkan lagi miss 'V'. Rata-rata testimoni menyatakan kehebatan sebegitu. Si suami akan memuji-mujilaa si isteri ni sebab rasa kehangatan seperti malam pertama dulu. Alfalfa mengetatkan lagi tisu-tisu miss 'V' isteri dan kuasa grip akan jadi lebih power.
  • Memberi tenaga yang berterusan kepada suami isteri. Seorang sahabat saya yang mengamalkan Alfalfa pernah stop consume alfalfa time period dia on pada suatu masa tu, tapi dia cakap, rasa kurang bertenaga untuk lakukan aktiviti seharian kalau tak makan Alfalfa. hasil yang didapati bila amalakan Alfalfa dan tak makan Alfalfa adalah berbeza.
  • Alfalfa ni dikira sebagai raja herba. Semua khasiat ada dalam tu. Ia bukan sahaja untuk perapat wanita sahaja. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.


ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
KEBAIKAN KEPADA SI PENGAMALNYA:

  • Legakan sakit sendi dan belakang.
  • Hilangkan kelesuan dan tekanan
  • Legakan pms
  • Bagus untuk allergic dan keradangan
  • Rawat asma
  • Buang toksik dalam badan
  • Cuci buah pinggang dan rawat kencing kotor
  • Neutralkan asid dalam badan
  • Menegangkan payudara
  • Rawat masalah keputihan
  • Bertindak sebagai kacip fatimah wanita
  • Buang angin dlm badan
  • Milk booster

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak Dapatkan Produk Shaklee?

Dapatkan dari Pengedar Shaklee
Maisarah
WA/SMS - 0137682087
FACEBOOK - MAI RAQIB

Wednesday 8 April 2015

Aduh, Sakitnya!

Assalamualaikum,

Ni cerita pasal suami saya yang rajin pada 3 minggu lepas.
Begini kisahnya;

Satu pagi tu, dia potong rumput yang panjang kat kebun belakang rumah.
Dah nak dekat siap...tup tup jari berdarah.
Rupa-rupanya ada serpihan kaca sedikit tertanam dekat situ.
Tengok luka agak parah dalam la jugak...tapi nasib baik tak nangis sebab nak control sado.
Petang tu pergi klinik jumpa doktor.
Punya lah banyak dapat ubat...tapi sebiji pun tak makan.
Dia cakap biar luka pulih secara semulajadi.
Nasibnya, suami saya ni tak pernah tinggal Zinc Complex setiap hari.
Jadi tambahkan ESP dalam menu sarapan pagi sebelum ke tempat kerja.
Sebelum tidur bubuh krim ajaib Herbal Blend di tempat yang luka.
Alhamdulillah lepas 2 minggu luka pada jari sembuh.
Seronok la dia, sebab misi untuk pulih secara semulajadi berjaya.


Nak dapatkan Produk Shaklee?

Hubungi Pengedar Shaklee Anda:
Maisarah
WA/SMS : 0137682087
FACEBOOK: MAI RAQIB