Saturday 31 January 2015

Krisis Penyembuhan - Alfalfa

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog, hari ini saya nak kongsikan tentang healing crisis penggunaan produk laris Shaklee iaitu Alfalfa Complex.

Ada yang takut dan risau untuk menghadapi kesan selepas mengambil supplement. Ya! Ia adalah proses penyembuhan (atau dikenali sebagai healing crisis)


APA HEALING CRISIS YANG SERING DI ALAMI?

Rata-rata pengguna kali pertama akan mengalami healing crisis seperti:

Jerawat
Pening kepala
Bintik-bintik kecil
Hidung berair (sebab resdung)
Gatal-gatal

Ia merupakan proses penyembuhan yang biasa. Disebabkan Alfalfa Complex bertindak sebagai DETOX, ia mengeluarkan segala toksin di awal pengambilan Alfalfa Complex. Usah risau ye kawan-kawan.

Proses 'Healing Crisis' ni berbeza bagi setiap individu, ada yang mengambil masa 3 hari, seminggu, sebulan atau paling lama 3 bulan sebab sel tubuh akan digantikan setiap 3 bulan atau 90 hari. Perlu sabar untuk sihat ye. Hehehe...

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEPANJANG TEMPOH HEALING CRISIS?

  • Minum air kosong dengan banyak. Seelok-eloknya minum 1 liter air kosong bagi setiap 25kg berat badan. Contoh berat badan 50kg, air kosong yang mesti diminum ialah 2 liter.
  • Mula mengambil Alfalfa Complex pada dos yang rendah. Mulakan 2 biji sekali ambil. Dos maksima yang ditulis pada botol Alfalfa Complex ialah 10 biji sehari. 
  • Boleh minum air kelapa untuk membantu mempercepatkan pembuangan toksin dalam badan.


KEBAIKAN ALFALFA COMPLEX YANG MENANTI!

  1. Penawar keputihan
  2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  3. Resdung
  4. Allergi
  5. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  8. Memberi kelegaan semasa haid.
  9. Merawat arthitis
  10. Bagus untuk elergi dan ekzema
  11. Merawat asma
  12. Mencuci usus bagi membuang toksik
  13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
  14. Jangkitan dalam buah pinggang
  15. Meneutralkan asid dalam badan
  16. Merawat masalah keputihan pada wanita
  17. Menganjalkan payudara bagi wanita.
  18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
  19. Memulihkan urat selepas bersalin
  20. Membantu merawat bahagian intim wanita.
  21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
  22. Melegakan sembelit



Pengedar Shaklee sekitar Sungai Koyan & Kuala Medang
013 768 2087


Saturday 24 January 2015

Zinc Complex

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pasal Zinc Complex bukan zink atap rumah tu ye. Zinc Complex ni salah satu suplemen keluaran Shaklee. Zinc ni merupakan salah satu unsur yang perlu ada dalam tubuh untuk membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex Shaklee mengandungi alfalfa (medicago sativa), kalsium & zink. Zinc mempunyai pelbagai fungsi untuk kesihatan tubuh


Mari kita study apa Kelebihan Zinc Complex Shaklee ni

Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan Luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang Berat Badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Kehamilan: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.


Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.

Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

Botak/Keguguran Rambut: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan Tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Suatu Khazanah LELAKI

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Definisi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Shaklee sekitar Sungai Koyan & Kuala Medang
Mai Raqib
0137682087




Friday 23 January 2015

Minyak Ikan Serba Bagus

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut Omega-3, DHA & EPA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi Omega-3 yang sangat baik untuk fungsi otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
o Mencegah kanser
o Mencegah pembekuan darah
o Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
o Baik untuk pesakit jantung
o Menghindar tekanan perasaan
o Mencegah penyakit darah tinggi              

Tugas DHA
o Mencegah asma
o Meningkatkan daya seksual
o Mencegah sakit kulit
o Mengelakkan kanser payu dara
o Mengelak kanser prostat
o Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
o Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Perkara menarik mengenai Omega Guard Shaklee

  • Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. 
  • Mengandungi 99%  asid lemak Omega-3 (sangat tinggi berbanding minyak ikan lain di pasaran)
  • Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x  ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.



Apakah kelebihan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil

  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu

  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan

  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan

  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke



Kesan kekurangan asid lemak  omega-3 pada badan kita:

  1. Selalu  penat
  2. Fungsi otak terjejas (penglihatan, kelakuan, mental dan pembelajaran)
  3. Fungsi sistem saraf terjejas
  4. Tekanan darah dan trigliserida tinggi
  5. Radang tisu
  6. Edema (bengkak air)
  7. Rambut dan kulit  kering
  8. Fungsi tiroid dan  kadar metabolisme rendah
  9. Sistem imun lemah



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Shaklee sekitar Sungai Koyan & Kuala Medang
0137682087

Tuesday 20 January 2015

Vitaliza Mineral

Multivitamin kerap diambil oleh orang ramai sebagai makanan zat untuk menampung kekurangan zat-zat makanan dalam tubuh. Shaklee mengeluarkan satu produk Multivitamin & Multimineral yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Fakta menarik Vita-Lea:

Ditemui oleh Pengasas Shaklee iaitu Dr Forest Shaklee.
Merupakan Multivitamin yang pertama dihasilkan di dunia.
Perkataan Vitamin itu sendiri yang berasal dari Shaklee Vitaliza-Mineral yang disingkatkan menjadi Vitamin.
Diperkaya dengan 28 vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Dipilih oleh Center for Science di USA sebagai The Best Multi-Vitamin dalam Public Interest pada tahun 2000.
Dihasilkan melalui kaedah 'Explo Tab'.
Setiap tablet disaluti serbuk nutrisi spirulina.
Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Vita-Lea Pertama

Antara Vitamin Yang Terkandung:

Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit, dan sistem imun
Vitamin E - Menyokong kesihatan selular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imun
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot
Boron - Membantu metabolisma mineral yang terlibat dalam perkembangan tulang
Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal


Antara Manfaat Vita-Lea:

Penambah Tenaga Segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu memori dan fokus dalam proses pembelajaran dan aktiviti harian.
Pelengkap Nutrisi - Membantu melengkapkan nutrisi terutama di kalangan yang tidak mengamalkan diet seimbang.
Keupayaan Sistem Produktif - Penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja.
Metabolisme - Membantu stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
Unsur Penting Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, kuku, otot, kulit, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
Melindungi Organ - Melindungi fungsi ginjal, jantung, dan hati.



Pengedar Shaklee sekitar Sungai Koyan & Kuala Medang
013-7682087

Monday 19 January 2015

Protein Dari Soya Tak Diubah Genetik

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi berkenaan salah satu produk Shaklee yang 'HOT' iaitu ESP (Energizing Soy Protein) - Soy Protein Isolate Powder.


Protein Bukan-GMO (Non Genetically Modified Food) yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino (termasuk sembilan asid amino penting) yang diperlukan tubuh bagi proses sintesis protein. ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol jika dibandingkan dengan sumber protein daripada daging, telur, dan hasil tenusu.

Fakta Menarik ESP Shaklee:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•  Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
•   Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Manfaat Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino diperlukan untuk membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit Berseri dan Anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Pembekal Tenaga Segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, bintik-bintik.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Shaklee sekitar Sungai Koyan & Kuala Medang
Maisarah
0137682087

Saturday 17 January 2015

Tinggalkan Paracetamol

Assalamualaikum,

Paracetamol merupakan 'pain killer' yang mudah didapati. Namun begitu, pengambilan yang kerap dan berterusan memberikan kesan sampingan yang buruk kepada tubuh badan.


Kalau tak makan paracetamol, nak makan apa kalau sakit kepala dan demam?

Gantilah Paracetamol dengan Nutriferon, penggalak imunisasi tubuh badan yang bertindak secara semula jadi.

Sistem imun bertindak seperti tentera dalam tubuh kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa sistem pertahanan canggih ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan patogen lain yang berbahaya akan menyerang tubuh kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.

Sistem Imun Tubuh.


Sistem imun sangat kompleks. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Antara Sistem Pertahanan Semulajadi Tubuh:

KULIT –  bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini membunuh fungus dan bakteria yang hinggap pada kulit.
HIDUNG – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
MULUT – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Perubahan cuaca dan iklim serta gangguan psikologi seperti stress boleh memberi kesan kepada sistem imun.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon. Sumber

Nutriferon - Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.
Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi.

Nutriferon perlu diambil oleh:

  1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
  3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
  4. Mereka yang sering melancong dan mengembara.
  5. Mereka yang sering stress.
  6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan - Vitamin A, C, & E boleh digantikan dengan 1 sachet Nutriferon sehari.
  8. Mereka yang ada mempunyai alergi dan eczema.

Cara Nutriferon Bertindak

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan.


NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-

  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
Dapatkan NutriFeron anda sekarang!

Pengedar Sah Shaklee
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087



Magnesium, Unsur Magik untuk Kesihatan Tubuh

Kalsium, unsur yang paling banyak dalam tubuh, telah lama menjadi fokus kajian terperinci disebabkan kekurangannya dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, Magnesium dibuktikan lebih penting kerana terlibat dalam pemindahan dan metabolisme Kalsium yang aktif.

Bagaimana Kalsium & Magnesium Bekerjasama?
Kalsium & Magnesium Saling Membantu dalam 3 Kaedah:


  1. Kalsium sangat penting untuk tulang yang kuat, Magnesium diperlukan untuk memastikan Kalsium diserap bagi pembentukan tulang.
  2. Kalsium penting untuk penegangan & pergerakan otot, Magnesium penting untuk pengenduran & merehatkan otot .
  3. Kalsium menyokong sistem saraf dengan memastikan penghantaran mesej pantas ke seluruh tubuh, Magnesium mengawal aliran Kalsium & memastikan ianya tidak menimbun dan menjadi hablur.


Kepentingan Magnesium

Membantu Pencernaan: Magnesium mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pencernaan yang baik, menyerap dan menggunakan protein, lemak dan karbohidrat. Tanpa zat yang cukup, tubuh memerlukan lebih banyak makanan untuk mendapatkan nutrien penting yang menyebabkan kenaikan berat badan.

Menggalakkan Penghasilan Tenaga: Magnesium diperlukan dalam tindak balas kimia yang membenarkan insulin menghantar glukosa ke dalam sel  untuk mencipta tenaga. Ketiadaan Magnesium yang mencukupi menyebabkan paras insulin dan glukosa meningkat. Glukosa berlebihan disimpan sebagai lemak dan menyumbang kenaikan berat badan. Keadaan lebih buruk, peningkatan insulin yang berterusan mendedahkan kita kepada Diabetis Tahap 2.

Membantu Mengawal Selera: Terdapat perkaitan antara paras leptin dan ghrelin yang tinggi dengan paras Magnesium yang rendah. Leptin merupakan hormon pengawal selera yang dirembes oleh sel lemak untuk memberitahu otak bila perut penuh, tetapi apabila selalu terlebih makan, paras hormon kekal tinggi. Tindakan ghrelin, hormon penggalak selera, boleh meningkat disebabkan kurang tidur, menyebabkan kita mahu makan lebih banyak.

Membolehkan Tidur Nyenyak: Magnesium memainkan peranan penting dalam membantu tidur nyenyak tanpa gangguan. Ada eksperimen mendapati individu yang mendapat tidur cukup 8 jam sehari mempunyai penurunan berat badan yang lebih berbanding individu yang tidur 6 jam dan kurang.

Bertindak Mengatasi Tekanan: Ketegangan fizikal, emosi, nutrisi atau psikologi berterusan menyebabkan penghasilan hormon tekanan, kortisol, yang menggalakkan tubuh menyimpan makanan dala bentuk lemak sebagai persediaan terhadap situasi tegang yang akan berlaku. Hal ini menyebabkan penurunan berat badan sukar. Magnesium meneutralkan kesan tekanan terhadap tubuh dengan berkesan dan digelar 'Unsur Anti-Tekanan'.

Mengekang Toksin: Magnesium terlibat dalam pelbagai proses penyahtoksin dan diperlukan untuk meneutralkan toksin. Hati merupakan organ pembakar lemak utama, tetapi kandungan toksin yang tinggi boleh mengganggu fungsinya.

Adakah anda kekurangan Magnesium?

Tanda-tanda kekurangan Magnesium yang boleh diperhatikan termasuklah keresahan, kelesuan, hilang selera, mual, lemah otot, kekejangan, kaki lenguh waktu malam, sukar menelan, dan degupan jantung tak stabil dan laju.

Sumber Magnesium
Antara makanan yang kaya dengan Magnesium ialah sayur-sayuran hijau, biji-bijian dan kekacang, ikan, kacang soya, avokado, pisang, coklat (selain coklat putih), dan yogurt rendah lemak.


Pengambilan Cadangan Harian Magnesium
Amaun harian yang dicadangkan untuk Magnesium ialah 350mg sehari untuk wanita dan 300mg sehari untuk lelaki.

Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium dan Magnesium untuk keperluan tubuh badan. Bukan sekadar itu, Ostematrix turut mengandungi Vitamin D dan unsur-unsur lain agar Kalsium dan Magnesium dapat memberikan kesan yang optimum kepada sistem tubuh.


Pengedar Sah Shaklee
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087




Sunday 11 January 2015

Selalu Sakit Sendi, Otot & Tulang?

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Semoga sihat dan dipermudahkan rezeki semua!

Hari ni, saya nak kongsi sedikit berkenaan kebaikan Set Vitamin untuk Sakit Sendi, Otot dan Tulang.

Sebelum tu, mari kenali apa itu sendi?


Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.
Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk geluncuran antara satu sama lain.
Manakala bendalir sinovia pula bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.
Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.
Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.

Jenis-jenis Penyakit Sendi

Terdapat banyak jenis sakit sendi, tetapi yang akan disentuh di sini adalah rheumatoid arthritis (RA), osteoarthritis (OA), tendinitis, dan seliuh.

  1. Rheumatoid arthritis merupakan keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, dan menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir sinovia (Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA).
  2. Osteoarthritis pula merujuk kepada kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain (Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan). Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi). Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
    • Sakit pada sendi yang terlibat.
    • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
    • Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
    • Adanya pembesaran tulang sendi.
  3. Tendinitis pula adalah keradangan, kegatalan dan bengkak pada tendon. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tendon yang hilang keanjalan, berpunca daripada kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.
  4. Seliuh pula merujuk kepada kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. Ianya berlaku apabila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau ligamen terkoyak, dan menyebabkan sendi  menjadi sakit dan bengkak.
Nutrien untuk sendi, otot dan tulang yang sihat
Set Kesihatan Sendi Shaklee, mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan sendi, otot dan tulang. Ianya menjadikan sendi lebih sihat melalui 3 kaedah asas iaitu:

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat (AJHT)
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi (Omega Guard)
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan penyusutan tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega3 juga bertindak sebagai pelincir yang membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat (Ostematrix)

Ostematrix mengandungi Kalsium yang penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasi kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ostematrix turut mengandungi Vitamin D dan unsur-unsur lain yang membantu penyerapan Kalsium dengan lebih berkesan

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang optimum bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Pengedar Sah Shaklee
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087

Saturday 10 January 2015

Sayangi Jantung



Assalamualaikum,

Jantung adalah antara organ terpenting dalam tubuh manusia yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Kekuatan jantung semakin menurun apabila umur semakin meningkat. Setiap sel dalam tubuh mengandungi Koenzim Q10 (CoQ10) iaitu sejenis nutrien antioksida larut lemak. CoQ10 bertindak sebagai pencetus tenaga dan diperlukan untuk membolehkan sel-sel mencipta tenaga sendiri agar sel-sel kekak berfungsi. CoQ10 ditemui banyak pada organ-organ yang aktif bekerja seperti jantung, hati, pankreas dan ginjal. Tubuh manusia secara amnya memerlukan 10mg CoQ10 setiap hari.



Penghasilan CoQ10 dalam badan menurun seiring dengan peningkatan usia. CoQHealth Plus dari Shaklee dapat membantu menambahkan kandungan CoQ10 dalam tubuh.

Apakah kandungan CoQHealth Plus ni? Mari kita tinjau.

  1. Co Enzim Q10 
    • Nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 
  2. Vitamin E 
    • Vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta membantu mengurangkan risiko penyakit seperti PMS, mengurangkan keletihan dan melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. 
    • Bersifat antikanser dan antioksida. 
  3. Ekstrak Teh Hjau 
    • Antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vitamin C dan E yang baik untuk kulit dan rambut. 
    • Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. 
    • Menambah stamina, menghilangkan keletihan. 
    • Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. 
    • Memberi manfaat untuk kesihatan gusi.

Kebaikan dan Manfaat CoQHealth Plus
  1. Memberi tenaga kepada Jantung - kekurangan coQ10 akan memberikan kesan kepada jantung dan sistem kardovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga.
  2. Sebagai anti-oksidan - coenzyme Q10 menghalang proses yang menyebabkan penyakit kardiovaskular,  termasuk aterosklerosis (arteri tersumbat) dan mengurangkan kekerapan  “angina episode” .
  3. Kanser - Membantu mengurangkan kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  4. Membantu masalah berkaitan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis
  5. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  6. Rawatan Obesiti - Mengurangkan berat badan
  7. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan motalitas sperma.
  8. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  9. Penting untuk kesihatan ginjal
  10. Membantu mengurangkan migrain.
  11. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  12. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.

Pengedar Sah Shaklee:
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087


Tips Menyusu Bayi di Peringkat Awal

Assalamualaikum,

Tempoh menyusukan anak adalah tempoh yang sangat mencabar kepada kaum ibu, terutama di permulaan menyusukan bayi. Ibu cepat penat dan 'berperang' untuk menyusukan bayi yang baru lahir disebabkan susu yang keluar tidak dapat menampung keperluan bayi. Minggu pertama lebih kepada tempoh perkenalanan antara ibu dengan bayi. Dalam tempoh ini, ibu biasanya mengenal pasti tabiat penyusuan anak kerana setiap anak itu berlainan tabiatnya. Ada yang kuat menyusu dan ada yang kurang menyusu. Untuk memastikan bayi mendapat nutrien yang baik, ibu perlu mendapatkan zat-zat yang baik dari permakanan.

Apa yang saya buat untuk memastikan bayi puas menyusu dan mendapat nutrien yang baik?

  • Makan setiap 4 hingga 6 jam sehari. Tak perlu makan banyak, cukup sekadar memberi tenaga dan membolehkan susu terhasil. Makan banyak kali lagi ok daripada makan banyak sekali.
  • Ambil suplemen yang sesuai. Dalam tempoh awal ni saya mengambil 2 suplemen Shaklee yang 'hot' iaitu ESP dan Ostemarix. Selepas sebulan baru ambil Alfalfa Complex
    • ESP adalah sumber protein yang membantu menghasilkan susu ibu yang pekat, di samping memberi tenaga berpanjangan kepada ibu. 
    • Ostematrix pula sebagai sumber kalsium kepada ibu menyusu dan untuk mengatasi musuh No. 1 ibu berpantang iaitu sembelit.
    • Alfalfa Complex saya ambil lewat sebab bayi jaundis. Alfalfa Complex ni bertindak sebagai 'milk booster'.
  • Tidak lupa juga banyak minum air antara 2 - 3 liter sehari. Ibu menyusu cepat kehilangan air.

SET MENYUSU ASAS

 

Pengedar Sah Shaklee
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087


Friday 9 January 2015

Vitamin C Kegemaranku

Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C. Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Akan tetapi, cukupkah vitamin C yang kita ambil seharian?  9 sajian sayur-sayuran dan buah-buahan baru menyamai dengan keperluan vitamin C harian kita. Ada sesiapa dikalangan kita yang sanggup makan 9 sajian sayuran dan buah-buahan setiap hari?


Vitamin C ni tidak boleh bertahan lama dalam badan disebabkan sifatnya yang mudah larut. Oleh itu, kita terpaksa sentiasa makan buah-buahan untuk memastikan kandungan vitamin C dalam badan sentiasa di paras yang baik. Tetapi perlu diingat kandungan vitamin yang berlebih-lebihan dalam satu tempoh masa boleh menyebabkan cirit-birit.


Dengan Vita-C Plus Shaklee, paras Vitamin C dalam badan sentiasa baik. Hal ini kerana Vita-C Plus Shaklee diformulasi secara 'Sustained Release' iaitu perlepasan peringkat demi peringkat. Vita-C Plus mengandungi 500mg asid askorbik, dan khasiat 1 biji tablet Vita-C Plus bersamaan dengan 7 biji oren.

Banyak manfaat Vita-C Plus. Antaranya:
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
       Pengedar Sah Shaklee:
       Maisarah
       FB - Mai Raqib
       013-7862087

Monday 5 January 2015

100001 Manfaat Vivix

Assalamualaikum,

Dalam beberapa episod yang lalu, saya telah kongsikan bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix yang menjadikannya sebagai suplemen hampir sempurna atau dalam bahasa mudah 'near complete suplement' untuk tubuh badan.

Jadi, mari kita riki-riki apa manfaat Vivix kepada tubuh badan.

Apa yang hebat sangat Vivix ni?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel. Senang cerita Vivix ni membantu awet muda.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE. AGE ni merupakan sejenis bahan yang boleh menjadi faktor kepada perkembangan penyakit yang bersifat merosot (degenerative disease) seperti diabetis, Alzheimer, kanser, dan jantung.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh).

Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

  • Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat seusai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan.
  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Antioksidan yang sangat baik - awet muda
  • Membantu tubuh lebih bertenaga
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Membantu pesakit diabetik
  • Menguatkan sistem imun


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee boleh PM/Whatsapp:

Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087