Sunday 29 March 2015

Suplemen Terbaik Untuk Tempoh Kehamilan

Assalamualaikum

Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah suplemen atau vitamin yang sesuai semasa mengandung?

Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan suplemen yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.

Shaklee menyediakan suplemen dan vitamin yang sesuai untuk ibu hamil dan ianya SENTIASA SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI….!!!


Kombinasi Suplemen Untuk Ibu Hamil
Kredit to Celik Vitamin

OsteMatrix (Kalsium-Magnesium) – Ambil 4 biji sehari
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari.
Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein – Minum sekali sehari
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega Guard – 1 biji sehari

Omega Guard mengandungi Omega 3 yang sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Complex – 1 biji sehari
B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C – 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin atau iberet folic lagi.
Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Untuk memudahkan yang mencari, kami menyediakan senarai kombinasi/set suplemen yang sesuai untuk para ibu hamil

SET SUPLEMEN TRIMESTER 1

VitaLea Iron Formula (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON)
B Complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium-Magnesium)

SET SUPLEMEN BAGI TRIMESTER KEDUA & KETIGA

VitaLea Iron Formula (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON) ,
B Complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium-Magnesium)
Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Shaklee Anda
Maisarah
Sungai Koyan - Kuala Medang - Raub - Lipis
SMS/WA/CALL - 0137682087
FB - Mai Raqib

Manfaat dan Kebaikan ESP

Assalamualaikum,

Promosi ESP untuk Mac 2015 baru sahaja tamat.
Walaupun dah tamat, hari ni saya nak ceritakan berkenaan manfaat dan kebaikan ESP Shaklee ni.

First of all, ESP ni merupakan protein soya yang tidak diubahsuai genetik (Non GMO Soy Protein). Jadi bermakna ia bebas daripada bahan kimia yang boleh membawa kesan buruk kepada tubuh.

Kebaikan ESP Shaklee
  • Untuk wanita yang ingin atau bercadang untuk pregnant: ESP pulihara dan pelihara rahim.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant: ESP kuatkan rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak yang disayangi: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila cukup protein bermakna kita cukup tenaga. Susu pun lebih berkhasiat
  • Untuk yang nak stabilkan hormon: ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk yang mahu kurus: ESP buat kita rasa kenyang lebih lama. Jadi, rasa lapar pun lambat datang.
  • Untuk yang ingin kekal sihat: ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrien dalam badan. Bila semua nutrien cukup, tubuh boleh melawan penyakit tanpa bantuan ubat-ubatan.
  • Untuk yang nak cantik: ESP membuat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik tak perlu la buang masa lama tampal make up tebal-tebal. Kata natural beauty.
  • Untuk yang berpuasa: ESP membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada tubuh.  



Keburukan ESP Shaklee

Jangan ingat benda baik semua bagus. ESP ni keburukannya adalah bila kita beli tapi tak minum dan tak amalkan. Bukan sahaja membazir, malah kita tak dapat rasai manfaat yang datang daripada ESP tu sendiri. So, nak salahkan siapa?...Tak baik kan gitu.

Sekarang ni kita semua dah tahu manfaat ESP kepada sistem tubuh, jadi tunggu apa lagi JOM AMALKAN ESP SETIAP HARI!

Yang belum ada ESP tu boleh order terus dengan saya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Shaklee Anda
Maisarah
Sungai Koyan - Kuala Medang - Raub - Lipis
SMS/WA - 0137682087
FB - Mai Raqib



Saturday 28 March 2015

Perlu Ke?

Assalamualaikum,

Suplemen bukan ubat.
Suplemen bertujuan untuk mencukupkan zat-zat yang kita sukar perolehi daripada diet harian.
Bila cukup zat, sistem-sistem tubuh dapat berjalan dengan baik dan teratur.
Hal ini membantu kita menjadi lebih sihat, kuat dan bertenaga,

Bagaimana jika diri masih bertanya,"Perlu ke saya mengambil suplemen?" Jawapannya hanya ada pada diri anda sendiri KERANA hanya anda yang mengetahui gaya hidup sendiri.

Mungkin ada orang kata tak perlu sebab belakang rumahnya ada kebun sayur-sayuran serta buah-buahan yang bersih daripada semburan racun dan tidak menggunakan baja kimia, ada reban ternak ayam dan itik maka tak perlu makan ayam inject dan boleh makan telur ayam kampung bila-bila masa sahaja...jadi tak perlu suplemen...memang betul :)

Friday 27 March 2015

Ku Jatuh Cinta

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi dengan semua satu peristiwa yang menyebabkan saya 'jatuh cinta' dengan Shaklee.

Ceritanya begini, semasa dalam pantang anak pertama, saya mengalami sembelit dan kurang susu badan. Maklumlah, takde pengalaman masa dalam pantang ni. Semua pun tahu kan, masa dalam pantang ni bukan semua benda boleh dimakan. Banyak pantang larangnya, dah nama pun berpantang kan?hehe...

Waktu tu saya kerap ke klinik mengambil ubat untuk melembutkan najis. Ubat tu hanya cukup untuk beberapa hari sahaja. Dah habis kena pergi klinik semula untuk dapatkan bekalan. Setelah bertukar-tukar kaedah untuk menyelesaikan permasalahan ni, akhirnya ada orang suggest saya ESP. ESP? Apa benda tu? Soya. Soya? Saya tak boleh nak telan soya. Untuk apa ESP tu? Boleh membantu kurangkan sembelit dan memekatkan susu badan biar baby mudah kenyang. Hmm...ok, belilah 1 nak cuba minum. Itu adalah canister ESP saya yang pertama.

Setelah minum beberapa kali, Alhamdulillah, terbukti masalah sembelit hilang dan susu badan lebih banyak. Saya rasa seronok sebab trauma nak membuang dah tiada. Masa tu rasa macam tak percaya la pulak.

Sehingga hari ini, dah bertong-tong ESP saya minum. Sebab apa? Sebab di dalam protein soya, terkandung banyak khasiat dan manfaat yang sebelum ini saya tak tahu. Apa pun, kita boleh sentiasa belajar untuk ambil tahu tentang sesuatu kan?

Saya percaya ramai ibu-ibu berpantang di luar sana mengalami apa yang saya alami kan? Tentu perit rasanya kan? Orang yang tak rasa boleh la cakap, "Alah...sikit je tu. Nanti2 ok la tu". Tapi kita yang kena dan rasa ni hanya Allah yang tahu penderitaannya.

Ok lah...cukup setakat ni je lah saya mengomel hari ni.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak tahu dan beli produk Shaklee?

Maisarah
Pengedar Shaklee Sungai Koyan & Kuala Medang
SMS/WhatsApp  - 013 768 2087
Facebook - Mai Raqib


Monday 23 March 2015

Lecithin dan Lemak

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi berkenaan lecithin dan lemak. Lemak ni boleh dikatakan musuh orang ramai. Semua orang takut dengan lemak. Semua orang nak buang lemak dalam badan. Tujuannya nak bagi kurus dan sihat.

Dalam suplemen Shaklee ni ada beberapa vitamin yang berfungsi untuk membakar lemak dalam badan. Salah satunya ialah Lecithin.

Apa yang istimewanya dengan Lecithin ni?

Lecithin ni mengelakkan lemak daripada melekat dan mendap dalam salur darah. Bagaimana? Bila lecithin hadir bersama-sama dengan lemak, lecithin akan melekat dengan lemak membentuk satu ketulan kecil. Proses ni namanya EMULSI. Ketulan-ketulan tadi ni tidak sempat melekat dalam salur darah dan diangkut keluar daripada badan.

Sebab itulah Lecithin ni salah satu suplemen wajib untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Tapi bukan setakat itu sahaja fungsi dan manfaat Lecithin.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Pengedar Shaklee Sungai Koyan dan Kuala Medang
Maisarah
Hubungi 0137682087
WhatsApp 0137683087

Tuesday 17 March 2015

Abang Nak Makan?

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi satu cerita,

Dulu, masa umur setahun, si abang (anak sulung saya) ni susah nak diberi makan.
Masa tu tak minum lagi susu tepung, masih menyusu badan.
Makan itu tak nak, makan ini tak nak.
Jarang-jarang sekali nak makan.
Buntu dibuatnya.

Kakak saya mengesyorkan Mealshake keluaran Shaklee untuk meningkatkan selera makan anak.
Tapi anak pula tak nak minum Mealshake.
Bila dapat tau pregnant kali kedua, terus bercerai susu badan. Nasib baik mudah.
Try bagi susu tepung, mula-mula tak nak. Puas juga cari susu yang dia nak. Last sekali jumpa.
So, anak dah minum susu tepung start umur 2 tahun.
Selera makan tetap sama.
Jarang-jarang sekali nak makan.

Kali ni saya TEKAD nak try bagi Mealshake.
Apa yang saya buat? Campurkan Mealshake dengan susu tepung.
Si abang minum Mealshake + Susu!
Ternanti-nanti juga kesannya. Bila dah amalkan Mealshake dalam 7 hari, si abang mula menunjukkan perubahan.
Selera makan mula meningkat.
Alhamdulillah, sekarang ni makin mudah anak makan.
Kadang-kadang tu dia sendiri yang minta nak makan.
Seronok hati saya bila melihatnya.
Kalau dulu, bila tanya, ‘Abang nak makan?’, dia jawab, ‘tak nak’, tapi sekarang ni bila tengok orang makan, dia yang  bagitau, ‘nak makan’.

Syukur pada-Mu Ya Allah.
Terima kasih Shaklee.

Pengedar Shaklee Sungai Koyan & Kuala Medang
Maisarah
Hubungi 013 768 2087
WhatsApp 013 768 3087

Zinc & Lelaki

Assalamualaikum,

Sempena dengan bulan promosi Zinc Complex ni, saya nak ceritakan kepentingan Zink untuk kesihatan kaum lelaki. Kebaikan Zink untuk lelaki ni lah yang membuatkan encik suami jatuh cinta dan tak pernah miss makan Zinc Complex setiap hari.

Kat bawah ni ada beberapa khasiat Zink khusus untuk kesihatan LELAKI:

1. MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN PARAS TESTOSTERON

Dalam majalah Men’s Health, Zink digelar ‘the ultimate sex mineral’. Kenapa? Sebabnya Zink mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Zink diperlukan untuk penghasilan sperma dan kekurangan zink boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan paras testosteron. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan).

2. MENINGKATKAN MOTILITI SPERMA

Apa tu motiliti? Motiliti merupakan kebolehan untuk bergerak secara spontan dan aktif dan memerlukan tenaga di sepanjang pergerakan.
Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat untuk disenyawakan oleh ovum. Oleh itu, zink dalam diet sangat membantu meningkatkan kekuatan sperma anda.



3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT

Zink penting untuk kesihatan prostat. Satu kajian menunjukkan sel prostat pesakit kanser mengandungi kurang zink berbanding sel prostate yang sihat. Kurang zink juga menyebabkan pembesaran prostat mengakibatkan prostitis atau benign prostatic hyperplasia.

Pengedar Shaklee Sungai Koyan & Kuala Medang
Maisarah
Hubungi 013 768 2087
WhatsApp 013 768 3087

Sunday 15 March 2015

Soya Bahaya?

Assalamualaikum,

Ada tak kawan-kawan yang ragu-ragu dengan khasiat soya? Kalau ada, hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan perbezaan soya ESP Shaklee dengan soya lain.
Kredit kepada Ratu Hati

ESP ialah protein..kenapa protein penting?



Sebab Protein adalah salah satu makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan,

Fungsi protein yang utama:

  1. Membina sel-sel baru
  2. Menggantikan sel-sel badan yang tua, rosak dan mati dengan sel-sel yang baru, 


APA yg BEST tentang ESP ?


  • Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, 
  • Berasaskan soya bukan-GMO yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.


Kelebihan ESP 


  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, 
  • Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, 
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.


ESP membantu memudahkan penyerapan vitamin atau suplemen yang kita ambil setiap hari dan membolehkan kita mendapat kesan yang lebih baik.

Nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?

BERIKUT ADALAH 7 KRITERIA UTAMA PEMILIHAN SOYA DALAM PENGHASILAN ESP

Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh dan membesar secara organik ~ Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organic?Satu kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan Nitrat. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran kacang soya ni.

Kacang soya tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara ubahsuai genetik) ~ Kenapa soy protein mestilah tidak diubah suai secara genetik?Secara umumnya..kos penghasilan soya yang diubah suai genetik ni adalah murah (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural), dan untuk menjimatkan kos, kebanyakkan syarikat menggunakan soya yg dihasilkan secara ubahsuai genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis Brazil menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

Protein Soya tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu ~ Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzim. Jika satu asid amino perlu tiada, sistem imun berkurang sebanyak 30% dan fungsi utama tubuh terganggu atau mati.

Dalam proses pembuatan soy isolate, emping soya mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol ~ Jika emping soya dicuci dengan alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain. Isoflavones juga perlu dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
Bahan 'anti-thyroid'/'anti-growth' mesti disingkirkan - Soya yang mentah mengandungi bahan 'anti-growth' dan 'anti-tyrosine' sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan menurun, dan sindrom kaki lesu.

Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan ~ Asid amino sangat semsitif dengan suhu yg panas. Satu kajian menunjukkan protein yang dimasak memusnahkan sehingga 50% kandungan Asid Amino Perlu. Kekurangan asid amino perlu secara berlarutan mengakibatkan pertumbuhan otak, hormon dan tisu-tisu badan terganggu.

Soy isolate itu mesti ditambah dengan Kalsium ~ Kajian mendapati bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh sebab itu, Kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya tersebut untuk meneutralkan kembali serbuk soya.

Pengedar Shaklee Sungai Koyan & Kuala Medang
Maisarah
Hubungi 013 768 2087
WhatsApp 013 768 3087

Saturday 14 March 2015

Asid Amino

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Untuk hari ni, saya nak cerita berkenaan protein. Apa yang kita tahu pasal protein? Selama ni yang terbayang dalam minda bila sebut pasal protein ni ialah daging, ayam dan ikan.

Jom kita belajar pasal protein serba sedikit...

Protein ni blok-blok pembina dalam tubuh dan molekul yang mudah dijumpai dalam sel. Protein memainkan pelbagai peranan dalam tubuh - hormon, enzim, antibodi, dan saluran membran sel adalah protein berbeza yang memainkan peranan berbeza dalam fungsi sel.


Secara am, protein memainkan peranan penting dalam membina sel-sel baru dan membaik pulih sel-sel yang telah mati dan rosak. Sel ni merupakan struktur asas dalam tubuh:

Sel -> Tisu -> Organ -> Sistem

Unit asas protein dipanggil asid amino. Asid amino ni bergabung antara satu sama lain membentuk satu rantaian panjang untuk membuat protein. Rantaian asid amino dikenal sebagai polipeptida dan rantaian lipatan polipeptida dan dengan menghasilkan ikatan sesama sendiri, rantaian polipeptida ini membentuk protein.

Terdapat 20 jenis asid amino, 11 daripadanya boleh disintesis dalam tubuh dan disebut asid amino tak perlu, manakala baki 9 lagi asid amino mesti diambil daripada diet harian dan disebut asid amino perlu.

Asid Amino Tak Perlu

Alanine
Arginine
Aspartic Acid
Asparagine
Cysteine
Glutamic Acid
Glutamine
Glycine
Proline
Serine
Tyrosine

Asid Amino Perlu

Histidine
Isoleucine
Leucine
Methionine
Phenylalaine
Threonine
Tryptophan
Valine
Lysine

Struktur Asas Asid Amino

Asid amino diikat bersama melalui tindak balas penyahidratan di mana 2 asid amino terikat dan 1 molekul air dilepaskan. 2 ion hidrogen dikeluarkan daripada kumpulan Amine (-NH) satu asid amino dan 1 oksigen dikeluarkan daripada kumpulan Karboksil (COOH) asid amino yang lain. Satu ikatan dibentuk antara kumpulan Amine dan Karboksil 2 asid amino tersebut.

Nilai nutrisi protein sangat tinggi. Oleh itu, mendapat jumlah protein yang mencukupi dalam diet sangat penting bila kita tengok betapa pentingnya protein dalam menjalankan sistem kehidupan.


Pengedar Shaklee Sekitar Sungai Koyan dan Kuala Medang
Maisarah
Hubungi 013 768 2087 atau
WhatsApp 013 768 3087
.

Monday 9 March 2015

Zinc & Rambut

Assalamualaikum, dah lama juga tak mengomel kat blog ni. Hari ni saya nak kongsi berkenaan unsur Zinc dengan rambut.

Apa kaitannya?

Zinc adalah salah satu unsur penting yang menguatkan struktur rambut. Kekurangan zinc menyebabkan folikel rambut menjadi lemah sehingga rambut mudah terlepas dari akarnya. Hal ini kerana  Zinc berperanan dalam kelenjar rambut yang “mengikat” akar rambut. Oleh sebab itu, keguguran rambut yang banyak merupakan salah satu akibat daripada kekurangan Zinc.

Selain itu, Zinc berperanan dalam pelbagai fungsi tubuh, bermula dari penghasilan sel hingga ke keseimbangan hormon, dan fungsi-fungsi ini mempengaruhi pertumbuhan rambut.
Di samping memakan makanan tinggi Zinc seperti daging dan kacang, pengambilan suplemen untuk mendapat kuantiti Zink cukup juga digalakkan.

Pilihan saya semestinya Zinc Complex Shaklee. Zink Complex Shaklee mengandungi banyak manfaat untuk tubuh badan. Yang penting ianya SENTIASA SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI.



Dapatkan Zinc Complex hari ini.

Pengedar Shaklee sekitar Sungai Koyan dan Kuala Medang
Maisarah
013 768 2087