Saturday 14 March 2015

Asid Amino

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Untuk hari ni, saya nak cerita berkenaan protein. Apa yang kita tahu pasal protein? Selama ni yang terbayang dalam minda bila sebut pasal protein ni ialah daging, ayam dan ikan.

Jom kita belajar pasal protein serba sedikit...

Protein ni blok-blok pembina dalam tubuh dan molekul yang mudah dijumpai dalam sel. Protein memainkan pelbagai peranan dalam tubuh - hormon, enzim, antibodi, dan saluran membran sel adalah protein berbeza yang memainkan peranan berbeza dalam fungsi sel.


Secara am, protein memainkan peranan penting dalam membina sel-sel baru dan membaik pulih sel-sel yang telah mati dan rosak. Sel ni merupakan struktur asas dalam tubuh:

Sel -> Tisu -> Organ -> Sistem

Unit asas protein dipanggil asid amino. Asid amino ni bergabung antara satu sama lain membentuk satu rantaian panjang untuk membuat protein. Rantaian asid amino dikenal sebagai polipeptida dan rantaian lipatan polipeptida dan dengan menghasilkan ikatan sesama sendiri, rantaian polipeptida ini membentuk protein.

Terdapat 20 jenis asid amino, 11 daripadanya boleh disintesis dalam tubuh dan disebut asid amino tak perlu, manakala baki 9 lagi asid amino mesti diambil daripada diet harian dan disebut asid amino perlu.

Asid Amino Tak Perlu

Alanine
Arginine
Aspartic Acid
Asparagine
Cysteine
Glutamic Acid
Glutamine
Glycine
Proline
Serine
Tyrosine

Asid Amino Perlu

Histidine
Isoleucine
Leucine
Methionine
Phenylalaine
Threonine
Tryptophan
Valine
Lysine

Struktur Asas Asid Amino

Asid amino diikat bersama melalui tindak balas penyahidratan di mana 2 asid amino terikat dan 1 molekul air dilepaskan. 2 ion hidrogen dikeluarkan daripada kumpulan Amine (-NH) satu asid amino dan 1 oksigen dikeluarkan daripada kumpulan Karboksil (COOH) asid amino yang lain. Satu ikatan dibentuk antara kumpulan Amine dan Karboksil 2 asid amino tersebut.

Nilai nutrisi protein sangat tinggi. Oleh itu, mendapat jumlah protein yang mencukupi dalam diet sangat penting bila kita tengok betapa pentingnya protein dalam menjalankan sistem kehidupan.


Pengedar Shaklee Sekitar Sungai Koyan dan Kuala Medang
Maisarah
Hubungi 013 768 2087 atau
WhatsApp 013 768 3087
.

No comments:

Post a Comment