Sunday 11 January 2015

Selalu Sakit Sendi, Otot & Tulang?

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Semoga sihat dan dipermudahkan rezeki semua!

Hari ni, saya nak kongsi sedikit berkenaan kebaikan Set Vitamin untuk Sakit Sendi, Otot dan Tulang.

Sebelum tu, mari kenali apa itu sendi?


Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.
Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk geluncuran antara satu sama lain.
Manakala bendalir sinovia pula bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.
Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.
Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.

Jenis-jenis Penyakit Sendi

Terdapat banyak jenis sakit sendi, tetapi yang akan disentuh di sini adalah rheumatoid arthritis (RA), osteoarthritis (OA), tendinitis, dan seliuh.

  1. Rheumatoid arthritis merupakan keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, dan menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir sinovia (Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA).
  2. Osteoarthritis pula merujuk kepada kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain (Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan). Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi). Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
    • Sakit pada sendi yang terlibat.
    • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
    • Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
    • Adanya pembesaran tulang sendi.
  3. Tendinitis pula adalah keradangan, kegatalan dan bengkak pada tendon. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tendon yang hilang keanjalan, berpunca daripada kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.
  4. Seliuh pula merujuk kepada kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. Ianya berlaku apabila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau ligamen terkoyak, dan menyebabkan sendi  menjadi sakit dan bengkak.
Nutrien untuk sendi, otot dan tulang yang sihat
Set Kesihatan Sendi Shaklee, mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan sendi, otot dan tulang. Ianya menjadikan sendi lebih sihat melalui 3 kaedah asas iaitu:

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat (AJHT)
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi (Omega Guard)
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan penyusutan tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega3 juga bertindak sebagai pelincir yang membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat (Ostematrix)

Ostematrix mengandungi Kalsium yang penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasi kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ostematrix turut mengandungi Vitamin D dan unsur-unsur lain yang membantu penyerapan Kalsium dengan lebih berkesan

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang optimum bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Pengedar Sah Shaklee
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087

No comments:

Post a Comment