Friday 2 January 2015

Intisari Vivix Yang Perlu Diketahui


Vivix merupakan pati sirap merah yang dirumus khas oleh Shaklee.
Selain rasanya yang sedap ala-ala 'berry', Vivix ni boleh dikatakan antara supplemen yang lengkap dengan pelbagai manfaat untuk tubuh badan.

Apa sebenarnya yang terkandung dalam Vivix ni? Jom kita siasat.

Vivix mengandungi bahan Resveratrol dan Folipenol tumbuhan. Kedua-dua bahan ini diekstrak daripada:

1. Anggur Muscadine 

Merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai lebih daripada satu kromosom bermanfaat untuk kesihatan dan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai sifat anti-radang.

Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terdapat dalam wain merah yang dibuktikan berfaedah untuk kesihatan jantung (kardiovaskular), menurunkan paras gula dalam darah serta melambatkan proses penuaan.

2. Elderberry atau Sambucus Nigra

Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Elderberry merupakan herba popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. 

Antara manfaat elderberry termasuklah:
- Mengandungi Vitamin C yang tinggi yang terbukti mampu membantu menyembuhkan penyakit disebabkan virus dan bakteria seperti selsema.
-  Mengandungi anti-oksidan yan mampu membantu mencegah dan mengubati kanser.
-  Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
-  Menurunkan paras kolestrol 'jahat' sekaligus membantu mencegah sakit jantung.
-  Mencegah dan membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap jangkitan virus, dan sesak nafas.
-  Membantu meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

3. Purple Carrot

Lobak ungu merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi fitokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, iaitu antioksidan yang mujarab. Anthocyanins adalah unsur yang memberi warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayur.

Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua lobak dan ia membantu mengurangkan diabetes.

Kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrobial dan anti-karsinogen. Ia mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum (knotweed jepun) adalah tumbuhan perennial herba yang berasal dari Asia. Ia adalah sumber komersial Resveratrol. Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan dalam penghasilan supplemen anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.


Mari tambah nilai kesihatan dengan mengambil makanan tambahan sebagai makanan lengkap nutrisi harian. Menjaga kesihatan lebih murah berbanding merawat penyakit.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Vivix bulan ini dengan promosi beli 6 percuma 1 atau beli 2 diskaun 5%.

Pengedar Sah Shaklee
PM/Whatsapp
Mai - 0137682087
FB ID - Mai Raqib

No comments:

Post a Comment