Saturday 17 January 2015

Magnesium, Unsur Magik untuk Kesihatan Tubuh

Kalsium, unsur yang paling banyak dalam tubuh, telah lama menjadi fokus kajian terperinci disebabkan kekurangannya dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, Magnesium dibuktikan lebih penting kerana terlibat dalam pemindahan dan metabolisme Kalsium yang aktif.

Bagaimana Kalsium & Magnesium Bekerjasama?
Kalsium & Magnesium Saling Membantu dalam 3 Kaedah:


  1. Kalsium sangat penting untuk tulang yang kuat, Magnesium diperlukan untuk memastikan Kalsium diserap bagi pembentukan tulang.
  2. Kalsium penting untuk penegangan & pergerakan otot, Magnesium penting untuk pengenduran & merehatkan otot .
  3. Kalsium menyokong sistem saraf dengan memastikan penghantaran mesej pantas ke seluruh tubuh, Magnesium mengawal aliran Kalsium & memastikan ianya tidak menimbun dan menjadi hablur.


Kepentingan Magnesium

Membantu Pencernaan: Magnesium mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pencernaan yang baik, menyerap dan menggunakan protein, lemak dan karbohidrat. Tanpa zat yang cukup, tubuh memerlukan lebih banyak makanan untuk mendapatkan nutrien penting yang menyebabkan kenaikan berat badan.

Menggalakkan Penghasilan Tenaga: Magnesium diperlukan dalam tindak balas kimia yang membenarkan insulin menghantar glukosa ke dalam sel  untuk mencipta tenaga. Ketiadaan Magnesium yang mencukupi menyebabkan paras insulin dan glukosa meningkat. Glukosa berlebihan disimpan sebagai lemak dan menyumbang kenaikan berat badan. Keadaan lebih buruk, peningkatan insulin yang berterusan mendedahkan kita kepada Diabetis Tahap 2.

Membantu Mengawal Selera: Terdapat perkaitan antara paras leptin dan ghrelin yang tinggi dengan paras Magnesium yang rendah. Leptin merupakan hormon pengawal selera yang dirembes oleh sel lemak untuk memberitahu otak bila perut penuh, tetapi apabila selalu terlebih makan, paras hormon kekal tinggi. Tindakan ghrelin, hormon penggalak selera, boleh meningkat disebabkan kurang tidur, menyebabkan kita mahu makan lebih banyak.

Membolehkan Tidur Nyenyak: Magnesium memainkan peranan penting dalam membantu tidur nyenyak tanpa gangguan. Ada eksperimen mendapati individu yang mendapat tidur cukup 8 jam sehari mempunyai penurunan berat badan yang lebih berbanding individu yang tidur 6 jam dan kurang.

Bertindak Mengatasi Tekanan: Ketegangan fizikal, emosi, nutrisi atau psikologi berterusan menyebabkan penghasilan hormon tekanan, kortisol, yang menggalakkan tubuh menyimpan makanan dala bentuk lemak sebagai persediaan terhadap situasi tegang yang akan berlaku. Hal ini menyebabkan penurunan berat badan sukar. Magnesium meneutralkan kesan tekanan terhadap tubuh dengan berkesan dan digelar 'Unsur Anti-Tekanan'.

Mengekang Toksin: Magnesium terlibat dalam pelbagai proses penyahtoksin dan diperlukan untuk meneutralkan toksin. Hati merupakan organ pembakar lemak utama, tetapi kandungan toksin yang tinggi boleh mengganggu fungsinya.

Adakah anda kekurangan Magnesium?

Tanda-tanda kekurangan Magnesium yang boleh diperhatikan termasuklah keresahan, kelesuan, hilang selera, mual, lemah otot, kekejangan, kaki lenguh waktu malam, sukar menelan, dan degupan jantung tak stabil dan laju.

Sumber Magnesium
Antara makanan yang kaya dengan Magnesium ialah sayur-sayuran hijau, biji-bijian dan kekacang, ikan, kacang soya, avokado, pisang, coklat (selain coklat putih), dan yogurt rendah lemak.


Pengambilan Cadangan Harian Magnesium
Amaun harian yang dicadangkan untuk Magnesium ialah 350mg sehari untuk wanita dan 300mg sehari untuk lelaki.

Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium dan Magnesium untuk keperluan tubuh badan. Bukan sekadar itu, Ostematrix turut mengandungi Vitamin D dan unsur-unsur lain agar Kalsium dan Magnesium dapat memberikan kesan yang optimum kepada sistem tubuh.


Pengedar Sah Shaklee
Maisarah
FB - Mai Raqib
0137682087




No comments:

Post a Comment