Sunday 12 April 2015

Detoks Dengan Herb Lax

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya nak kongsi tentang Herb Lax dan Detoks. Ramai orang yang bercakap tentang detoks. Tak kurang juga banyak produk detoks di luar sana. Apa sebenarnya detoks tu?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Herb Lax Shaklee
Herb Lax pula adalah salah satu produk Shaklee yang berfungsi sebagai agen detoks. Jom kita kenal Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Berikut adalah Kebaikan dan Manfaat Herb Lax:

  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  5. Mengempiskan perut
  6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


Siapakah yang perlu ambil Herb Lax ? 

  1. Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  2. Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
  3. Mereka yang banyak jerawat.
  4. Pesakit gout.
  5. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru mengamalkan suplemen.


Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Maklumlah, perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Untuk Dapatkan Produk dan Konsultasi Shaklee, Hubungi:

Pengedar Shaklee Anda
Maisarah
WA/SMS - 0137682087
FACEBOOK - MAI RAQIB


No comments:

Post a Comment