Tuesday 12 May 2015

Bersenam Secara Alternatif

Penat juga menjalankan aktiviti memotong rumput, membersihkan halaman dan berkebun. Tapi kalau dah seronok memang tak rasa penatnya. Saya dan family memang gemar aktiviti seperti ni kalau time cuti. Bershopping bukanlah kegilaan kami. Lagipun aktiviti luar seperti ini banyak manfaatnya.

Aktiviti berkebun ni boleh dijadikan salah satu senaman alternatif seperti berjogging, berzumba dan senamrobik.  Antara manfaat berkebun ni adalah menyihatkan tubuh badan, membakar kalori dan lemak dalam tubuh, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kadar metabolisme.

Ye la kan, kalau hari bekerja tak sempat juga nak lakukan aktiviti seperti ini. Kan mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah makan diet yang sihat, melakukan aktiviti kecergasan dan mengamalkan suplemen yang betul untuk tujuan kesihatan.


Cukuplah celoteh pasal berkebun ni. Kalau nak order suplemen Shaklee dan konsultasi khas boleh hubungi:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
Facebook - Mai Raqib
WA/SMS/Call - 013 768 2087
COD - Sungai Koyan, Kuala Medang, Raub, Kuala Lipis

Sunday 10 May 2015

Hilangkan Jeragat dengan GLA Complex dan Vitamin C

Masalah jeragat timbul akibat daripada kekurangan nutrien kepada kulit disebabkan faktor usia, perubahan hormon dan persekitaran. Oleh itu, dalam merawat masalah jerawat, bintik hitam, tompok hitam perkara asas yang perlu dilakukan adalah merawat secara dalaman dan luaran. Ini penting, kerana jeragat tidak akan atau lambat hilang dengan hanya melakukan rawatan secara luaran sahaja dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembap sahaja.

Ramai antara kita lebih rela menghabiskan ribuan ringgit untuk kulit lebih cantik melalui rawatan luaran sahaja. Hakikatnya, segala-galanya, apa yang kita makan akan menghasilkan diri kita dalaman - luaran.



Suplemen Untuk Atasi Jeragat

GLA COMPLEX
 Kebaikan dan fungsi GLA Complex pernah saya kongsikan yang mana antaranya dapat mencantikkan dan menjadikan kulit tampak lebih berseri-seri.

GLA juga boleh membantu dalam memudarkan dan menghilangkan jeragat dan kulit kusam. Antara faktor jeragat adalah termasuk hormon yang tidak stabil dan terlalu banyak aktiviti luar yang mendedahkan kulit terhadap cahaya matahari. GLA mengandungi vitamin E yang membantu dalam memudarkan parut dan buat kulit lebih berseri dan cerah sekata serta memperbaiki tekstur kulit.

VITAMIN C

Vitamin C merupakan salah satu vitamin dalam set cantik Shaklee.
Fungsi utama vitamin C untuk kulit ialah membina dan mengikat kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu mendapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.

Amalkan suplemen secara konsisten dan dengan cara yang betul, mudah - mudahan dapat menikmati hasil dengan lebih puas.

Dapatkan Produk Shaklee dan Konsultasi Percuma Sekarang!

Hubungi:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
Facebook - Mai Raqib
WA/SMS - 013 768 2087
COD - Sungai Koyan, Kuala Medang, Raub, Kuala Lipis

Young Entrepreneur System (YES) Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH dan selawat salam ke atas nabi Muhammad saw atas kurniaan rezeki berlimpah ruah dari ALLAH buat kami. Bermula bulan Mei 2015, Shaklee Malaysia telah mengumumkan satu projek Shaklee paling hebat sepanjang sejarah Shaklee Malaysia iaitu Shaklee YES Program. YES merupakan singkatan buat Young Entrepreneur System.

Shaklee YES Young Entrepreneur System Program
Kredit

Melalui program YES ini sesiapa saja yang menyertai projek Shaklee ini berpeluan menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan sahaja sekiranya benar-benar FOLLOW dan DUPLICATE system YES ini.

Peluang ini hanya terbuka untuk ahli baru yang menyertai Shaklee bermula May 2015. So kami yang dah kertu dalam Shaklee ni tak berpeluang la untuk grab peluang keemasan yang Shaklee tawarkan melalui program YES ini.

Menerusi program YES ini Shaklee menawarkan 5 insentif hebat untuk semua peserta yang telah Daftar Ahli Shaklee bermula May 2015 sehingga Oktober 2015. 5 insentif tersebut merupakan :


  1. 1 botol Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee.
  2. 4 pakej produk Shaklee paling laris di pasaran dengan harga bebas GST.
  3. Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Contohnya melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.
  4. Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.
  5. Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang*.

Jom Sertai Kami!

Hubungi:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
Facebook - Mai Raqib
WA/SMS - 013 768 2087
COD - Sungai Koyan, Kuala Medang, Raub, Kuala Lipis

Jom Sertai Kami

Untuk cycle tahun ini, Shaklee menawarkan pelbagai pakej dan insentif untuk semua ahlinya termasuk ahli baru.

Mulai Mei hingga Oktober 2015 ni, semua pendaftaran baru dengan pembelian mana-mana produk akan mendapat percuma multivitamin Shaklee, Vita Lea yang bernilai RM 94. Wah, untung tu. Baikkan Shaklee nak bagi vitamin percuma? Nak tahu lebih lanjut berkenaan boleh baca di sini.


Bukan sekadar itu, Shaklee turut memperkenalkan YES iaitu Young Enterprenuer System. Ada 4 pakej suplemen yang terlampau laris di bawah YES ini iaitu:
- Pakej Kecergasan Sihat
- Pakej Kehamilan
- Pakej Bersalin/Berpantang
- Pakej Awet Muda


Pembelian pakej YES ni ada Diskaun 5%, dan lebih menguntungkan ahli akan mendapat mata ganjaran yang lebih berbanding pembelian satu-satu produk. Keistimewaan YES ni saya akan kongsi pada entri yang lain.

Dapatkan Produk Shaklee dan Konsultasi Percuma Hari Ini.

Hubungi:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
Facebook - Mai Raqib
SMS/WA - 013 768 2087
Kawasan COD - Sungai Koyan - Kuala Medang - Raub - Lipis


Saturday 9 May 2015

Suplemen Untuk Penyakit Resdung

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

RESDUNG


Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
ATASI RESDUNG DENGAN SHAKLEE

Suplemen Untuk Resdung dan Alahan

Alfalfa Complex


  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.


B Complex


  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C


  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


Kredit 

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

DAPATKAN PRODUK SHAKLEE DAN KONSULTASI PERCUMA HARI INI

HUBUNGI:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
Facebook - Mai Raqib
SMS/WA - 013 768 2087



Wednesday 6 May 2015

8 Fungsi NutriFeron

Nutriferon merupakan satu-satunya produk penggalak interferon semulajadi yang wujud hari ini. Ia mengandungi 1001 manfaat kesihatan kepada tubuh. Saya juga mengambil Nutriferon ni terutama bila resdung dan selsema teruk melanda. Bagi mereka yang tak suka mengambil terlalu banyak jenis vitamin, Nutriferon ni adalah antara suplemen yang disyorkan

Jom kita baca, peranan utama Nutriferon

8 FUNGSI UTAMA NUTRIFERON: 
  1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
  2. Melawan kanser & tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  3. Melindungi dari influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  4. Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  5. Melambatkan penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
  7. Membantu menghadapi Menopous - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  8. Membantu menghadapi PMS - Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan Produk Shaklee dan Konsultasi Percuma!

Hubungi:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda (SID 1024503)
FB - Mai Raqib
WA/SMS - 013 768 2087 
Kawasan COD - Sungai Koyan - Kuala Medang - Raub - Kuala Lipis

Tuesday 5 May 2015

KOLAGEN

Assalamualaikum & Salam Ceria,

Hari ini, perkongsian saya adalah mengenai kolagen. Kolagen tu ramai orang tahu berkenaan kulit dan kecantikan. Tapi apa sebenarnya kolagen ni? Jom fahami serba sedikit pasal kolagen ni.

Apa Itu KOLAGEN?

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan
manusia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping
struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim).
Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara
semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot,
tulang, rawan, urat, rambut, kuku, dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat dikenali sebagai fiber kolagen, merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dalam fascia, cartilage, ligament, tendon, tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping daya
elastik kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. 

Kolagen berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Kulit menjadi berkedut.
Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang mencari dan tercari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. 

Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan bagi melancarkan pergerakan
sendi. Kadang kala digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu. 

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka. 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% setahun selepas usia 25 tahu. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 – 50 tahun, badan kehilangan separuh daripada kolagen yang ada. Maka, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi hari ini!

Hubungi:

Maisarah
Pengedar Shaklee Anda
FB - Mai Raqib
WA/SMS - 013 768 2087
KAWASAN COD - SG KOYAN - KUALA MEDANG - RAUB - KUALA LIPIS